Khamis, Februari 26

Pria Ganteng masih di wad

Adam Danial telah berada di wad 4 Hospital Dungun sejak hari Ahad lalu kerana kuning. Bacaannya pula semakin naik 152-188-200-220. Bacaan terakhir pada pagi hari Rabu 25 Februari. Namun menurut pemerhatian doktor seakan tiada lagi kuning pada Adam Danial.

Namun apabila cik misi memberitahu yang bacaan kuningnya semakin naik, doktor agak terkejut juga namun sempat memberi tahu yang bacaan itu sebenarnya agak rendah juga. Doktor juga sempat memujuk Ummi supaya bertenang untuk menunggu hari esok. Sekiranya bacaan bertambah baik, maka kemungkinan untuk pulang ke rumah agak cerah.

Apa yang pasti, akoo melihat Ummi semakin sihat dan sedikit ceria dan tidak lagi bersedih sebelum ini. Namun Adam Danial semakin suka tidur di bawah lampu ultra-ungu itu dan sukar dikejut untuk menyusu. Cik misi memberi tahu memang bayi yang sedang kuning amat suka tidur kerana keletihan.

Akoo doakan Adam Danial agar cepat sembuh dan boleh pulang ke rumah. Ramai yang menanti Adam Danial di rumah termasuk kucing jiran sebelah rumah. Petang tadi akoo sempat membeli anggur hitam untuk rawatan kuning Adam Danial.

2 ulasan:

  1. alaaa siannye... tinggu tu bacaan die tu... dulu anak2 aku mcm x sebanyak angka tu jerk.. x ingat lak.. itulah baby yg kena kuning mmg kuat tido.. sepatutnya dieorg kena bagi minum banyaak... susu ibu lagi bagos..tapi sebab dieorg ni suka tido so memang susah nak bagi dieorg minum

    BalasPadam
  2. tu le pasal...
    sian Ummi dia puas kejut tapi tak mo bangun...

    BalasPadam